MagzNetwork

Para dermawan yang budiman,

Kami bagi pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Ummal Qura membuka peluang kepada individu-individu (YB, Dato', Tuan, Puan) atau syarikat-syarikat berkemampuan untuk sama-sama memberi sumbangan sama ada melalui:

a) sedekah jariah (kewangan atau apa jua keperluan madrasah)
b) pembayaran zakat (baik zakat individu atau berkumpulan untuk menampung pembelanjaan MTAUQ yang semakin memerlukan bantuan

Mengapa sumbang kepada MTAUQ?

  1. MTAUQ menerima sumbangan zakat dari Jabatan Agama Islam Kedah kerana tergolong dalam golongan asnaf yang memerlukan. Namun jumlah wang yang kami terima adalah masih tidak mencukupi untuk menampung kos keseluruhan operasi MTAUQ. Pihak MTAUQ hanya menerima sekitar RM500 setahun. Bagaimanapun kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan pihak berkenaan.
  2. MTAUQ juga menerima bantuan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memahami kesusahan kami untuk menyiapkan segala prasarana MTAUQ yang masih terbengkalai, namun jumlahnya juga masih jauh dari mencukupi.
  3. Kebanyakan pelajar-pelajar MTAUQ terdiri daripada golongan fakir miskin yang tidak mampu membayar yuran pengajian mereka selama mereka di MTAUQ.
  4. MTAUQ masih beroperasi atas usaha individu tanpa ada sokongan atau bantuan tetap dari mana-mana individu atau syarikat.
Berikut adalah surat yang menunjukkan bantuan yang diterima daripada Jabatan Zakat Negeri (nama MTAUQ penerima bantuan yang teratas dalam senarai) dan Menteri di jabatan Perdana Menteri.




Kemana bantuan anda digunakan?

  1. Pihak pengurusan MTAUQ mencari dana atau bantuan untuk menampung perbelanjaan dan prasarana para pelajar yang dianggar bernilai RM6000 sebulan. Pihak sekolah terpaksa menanggung kos untuk pelajar-pelajar kerana kebanyakan pelajar adalah terdiri daripada golongan miskin dan anak-anak yatim. Atas kesedaran ini, kami tetap ingin mengekalkan dan membantu mereka meneruskan pembelajaran di MTAUQ. Berikut adalah senarai kos operasi MTAUQ setiap bulan:





  2. Pihak MTAUQ memerlukan sejumlah dana yang besar untuk meneruskan projek pembangunan fasa ke II bangunan sekolah MTAUQ untuk kegunaan pelajar lelaki. Jumlah keseluruhan yang diperlukan sebanyak RM 2 juta untuk meneruskan projek ini yang telah tergendala sejak 2004. Pihak MTAUQ amat berharap dan berbesar hati sekiranya menerima bantuan daripada mana-mana pihak yang sudi membantu menyelesaikan pembangunan bangunan sekolah MTAUQ.
    Sila klik - Projek Fasa 2 untuk foto-foto pembangunan Projek Fasa II.
  3. Pada tahun 2009 ini, pertubuhan kebajikan anak-anak yatim dan pelajar miskin Ummal Qura telah ditubuhkan. Sehubungan dengan ini, kami bercadang untuk membeli sebidang tanah bagi yang telah diluluskan oleh hal ehwal Jabatan Agama Islam Kedah untuk meluaskan kawasan MTAUQ. Pihak MTAUQ berharap ada mana-mana individu dapat menyelesaikan masalah pembelian tanah beserta pampasan yang dianggap bernilai RM150,000.